Tuesday, April 26, 2011

:: PANAS ! PANAS ! Dua Orang Lelaki Naik Blog Perempuan Today !

Assalammualaikum :)


Apa nak jadilah dengan dunia sekarang ni kan ?
Kejadian ini berlaku pagi tadi..
 *Pagi ke? actually tengah hari. ahaks !*




*Bangun lambat sebab study ok*


Waktu aku keluar bilik nak cuci muka,
*cuci muka dulu, mandi 1 jam lepas tu, hihi*

Ok sambung,
Masa perjalanan nak pergi toilet tu,
Terkejut aku melihat keletah anak-anak dara yang lari bertempiaran lari kebilik masing- masing !
apakah? mengapakah ?
?????????????????????????


Perjalanan aku terhenti..
*nak teruskan ke atau nak balik bilik semula ni ek?*


OK.TERUSKAN.
Dengan keadaan yang separa sedar,
ada suara GARAU menegurku,


"Eh budak cantik, tak mandi lagi ke??"


Glurrrpppp !
Macam aku pernah dengar je suara tu.
Suara tu dari dalam bilik hujung aras aku.


Tanpa menoreh ke arah pemilik suara garau tu, 
aku terus lari pergi toilet!
shit ! Argghhhh !
Tidak!
Dengan rambut yang tak berapa nak kemas,
muka yang $%^&*,
mata yang sepet,
malu siot ! 
Nasib baik lah aku jenis girl yang memakai pakaian yang cukup kain.
:)


Lepas semua hajat selesai di toilet,
Aku pun balik lah ke bilik..
Niat nak berlari, 
tapi tengok pemilik suara garau dah ada depan pintu bilik hujung tadi.
tak jadi lari, maraton jerk. haha
SAH ! dah agak dah. aku kenal mamat ni.
Abang-abang mantainance la.
Korang jangan salahpaham, gadis-gadis blok saya baik-baik belaka,
tidak ada kes bawak lelaki naik bilik ok!


Ok tu je.
Tension study.
Thats why update blog, cerita merapu je kan. sorry.
:)


*Sekadar Gambar Hiasan*
Muka suci. haha











Friday, April 15, 2011

:: SELAMAT HARI JADI SAYANG ! ::

Untuk awak..
HAPPY BIRTHDAY sayang !
Saya sayang awak..
Terimakasih sebab bagi saya much much much of love :)


Saya sayang awak MF !

Terimalah hadiah saya seadanya, kena pakai selalu ok!
*Jam Tangan Couple*

Hasil Nukilan ku,KHAT
*SELAMAT HARI LAHIR*
*MOHAMAD FAIZUL DAN NURZALIKHA*

Kad ucapan yang mengada. haha

Im yours !


Me myself in your uniform, KASTAM
P.E.A.C.E

HELLO BOSS !



*Terimakasih baju bola tu sayang, i like !*




:: MY BIRTHDAY 24 MARCH, SWEET21 ::

Assalammualaikum..
THANKS A LOT  kepada Cik Angelina Jolie, Kak Aiza, and My Sayang :)
Korang memang noty taw !
Nak pekena aku. haha. 
Sampai Ke Melaka kita.
Nway, Sayang korang!
Mmuuaaaahh..!


Cik Angelina Jolie, Kak aiza, Me myself, My Sayang

Tengah Menunggu Seseorang 

TerimaKasih sayang bagi saya PERFUME, hari-hari saya pakai ok!

TerimaKasih Kak aiza for your BAJUTIDUR yang sexy tu,sudah lama saya idam-idamkan, haha

TerimaKasih Awak, MF, cantik rantai tu, love it so much!
Kak aiza comel lah time nie. haha

TerimaKasih again to my sayang, membawa kami bersukaria :)
Cik Angelina Jolie, Awak nampak hot disitu...

Memories with sayang-sayang saya :)



eh eh enchek bunchit pun ada lah.
Thanks for the nice perfume !

Paling menggembirakan dapat jumpa MY BESTIE !

Kepada sayang-sayang saya, TERIMAKASIH !
Terharu sangat-sangat, sob sob sob :(


Saturday, February 26, 2011

:: Sehari Bersama Enchek Bunchit Dan Cik Angelina Jolie ::

THEME : Blue Pink
ACTOR/ACTRESS : Putry Ieqa, Sany Desouza, Masni Jaafar
LOCATION : One Utama, Menara Puncak Ampang, Dataran Putrajaya
DATE/DAY  : 25 Februari 2011 /  Friday

Ponteng class semata-mata kerana ingin meluangkan masa bersama mereka ok ! My Enchek Bunchit dan My sexy Girl Angelina Jolie.


One Guy Two Girls. Anything happened? haha


FIRST DESTINATION : ONE UTAMA
Makan first !.Penang Flavours jadi pilihan. Saya mkn ini :

CHICKEN SATAY

Tengok menu, semua saya tak boleh makan ok. Bukan tak mampu tapi  saya xmakan vegetables ! (agak riak disitu).. Kalau boleh, nak jerk lari pergi restaurant lain, tapi tengok muka teman-teman saya macam excited gila jerk, so thats why,terpaksalah buat muka terima kenyataan. haha.

satay nie xler sedap sgt pn. tp kuah kacang die best! last satay baru sy offer dyorg, jahat x? jahat x? kedekutan sy terserlah disitu, harap mklum. =)

Plan nak tengok movie, tapi we change our plan. Terasa nk pergi tempat yg sgt tinggi ! motif??! haha (sebab mak kata kalau nk tinggi selalu selalu lah pergi tmpt yg tinggi).


Before exit from OU, we must to find something yang boleh dikunyah-kunyah, motiff??!!
Supaya, dalam kereta nanti, masing-masing tak bolehlah cakap banyak. Al-maklumlah, kami bertiga dilahirkan jadi insan yang suka bercakap. kami? eh tak lah. Mereka jerk. Sy silent girl. HEHE. (gelak nakal) . Gula-gula kapas colour pink jadi pilihan, plus dua kotak popcorn. large ok.

SECOND DESTINATION : PUNCAK KASIH
Puncak kasih? gelinya saya~menara puncak la sengal. ups! ok. kena naik tangga. byk tngga ok ! sampai pn ! fuyoooo tinggi nyerr! takut mak! Actually ni second time aku datang sini, saje buat muka excited, bajet macam tak pernah pergi. Masing-masing tank masih full, so just order minum je sambil *click3*
CHAK ! hasilnya~

Kakak saya kiut gila ok !

Kawan paling memahami !

 Ladies giler time time nie !


LAST DESTINATION : DATARAN PUTRAJAYA
Motif pergi sini?! Picnic time! Dengan berbekalkan roti serta sambal tumis air tangan mum enchek bunchit. fuhhh sangat la sedap! terubat rindu sy kt sambal tumis mak saya. Terima kasih enchek bunchit !

Credit to your mum !

We are Twince !

MORAL OF THE STORY :
Words that we have learned today : motifff?!
No skirt anymore, ladies bangat! tak boleh nak buat aksi lincah ok.
Bermadu itu indah. (no comment). haha
Nak tinggi, pergi tempat tinggi. Terasa jugak diri dah tinggi sikit. ups! patut lah. heels ok. sory guys :)



KATA-KATA UNTUK ENCHEK BUNCHIT :
1. Happy Birthday
2. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
3. Impian tercapai, be a m********** . amin ! HEBAT
4. Cepat dapat jodoh ! heeee :)
5. Waiting for the date : 24march, hari yang sama, ups!! tak kata apa. hahaha

pssttt psstttt ! Korang korang. Next time kita picnic lagi k. hehehe



Wednesday, February 23, 2011

:: Cinta Sebelum Kawin VS Cinta Selepas Kawin ::

Ketika berkasih-kasihan, bukan main, cinta tu macam dah jadi satu kewajipan untuk diluahkan.


macam nie hah :
Bangun pagi jerk, capai telefon hantar sms sambil mata menahan ngantok, “Saya cinta kamu” dan sebelum tidur pun, sekali lagi ucapan, “Saya cinta kamu”(aku selalu buat, banyak kali kot,hahaha)


                      sekadar gambar hiasan

Tapi..
selepas menjadi suami isteri, cinta tu seolah-olah satu perkataan yang asing untuk didengar atau lucu untuk diucapkan. lucu ke? jangan tanya aku. aku takde pengalaman, tunggu aku kawin nanti aku bagitau ae? huhu.


                    Sekadar Gambar Hiasan 


taknak cakap banyak, korang bacalah drama pendek kat bawah nie,(drama,drama,drama)~
renung-renungkan lah! (Aku pun tengah merenung gak benda alah nie)


ACTION !!


SCENE SEBELUM KAWIN :


Sepasang kekasih sedang asyik bercengkerama di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

MAKWE : Bang, andai kata saya menjadi bintang?
PAKWE : Abang kan jadi Ultramannya.
MAKWE : Kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah.
PAKWE : Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya.
MAKWE : Oh gitu.... kalau saya jadi bunga?
PAKWE : Abang jadi tukang kebunnya.
MAKWE : Kenapa bukan kumbang?
PAKWE : Sebab kumbang kerja dia hanya menghisap madu, sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari.
MAKWE : Wah! hebatnya abg nie..sangat pandai berkata-kata.


Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba-tiba si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah.... bedebuk!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!


MAKWE : Aduh!!!! sakitnya abang..
PAKWE : Cilaka punya tunggul kayu.... buta ke !!!!! tak nampak ko orang lalu ! sayang takde apa-apa ke?
MAKWE : Takde, sikit je bang... cuma luka sikit jer kat dahi nie..
PAKWE : Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan,grrrr!


Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga...
2 tahun kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu.

SCENE SELEPAS KAWIN :

ISTERI : Bang, ingat lagi tak tempat nie?
SUAMI : Masakan abg boleh lupa.
ISTERI : Kalau saya jadi bintang?
SUAMI : Abang jadi beginilah.
ISTERI : Kenapa bukan Ultraman?
SUAMI: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah.... apa lah awak nie...
ISTERI : ????????? hemmm.. kalau saya jadi bunga?
SUAMI : Abang jadi begini jugak lah.
ISTERI : Apa abg nie... cakaplah betul-betul..
SUAMI : Apo kene dengan awak nie... dah buang tebiat ke, tak nampak anak kite tu.... kalau dah abg jadi Ultraman atau jadi apa-apa pun, siapa nak bagi makan kat anak kita 2 hah? yang awak mengada-ngada nak jadi bintang la, bunga la 2 buat apa.
ISTERI : Abe nie tok sama macam dulu.... tok romantik langsung, mentang-mentang la saya nie tak comel macam dulu..
SUAMI: Takde makna nya nak romantik kosmetik nie.


Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut....tiba-tiba si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu (mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah.....

ISTERI : Aduh abang sakitnya !!!!!
SUAMI : Apa kena dengan awak nie.... buta ke? punya lah besar tunggul tue tak nampak ke? mata 2 letak kat mana? 

~THE END~

Cop! Cop! Ape moral dalam cerita nie ek? pandai-pandai lah korang fikirkan, tadi dah renung-renung kan? haha. mesti tahu pengajaran disebalik cerita nie. ok da abes citer. zzzzzzzz

bukan sekadar gambar hiasan ok. tapi senyuman manis untuk korang yang sudi membaca. terimakasih :)

Tuesday, February 15, 2011

:: Permainan Emosi Jiwa dan Raga ::

CHAK! CHAK!

Hi semua !
Hari ini 15 Februari 2011 ae?
HAHA. For your information,
baru aku sedar sudah masuk tahun baru rupanya..hihihi
Apa-apapun, nak teriak kat semua,

  Tiada pujian selain Allah,
  Tiada kata seindah Al-Quran,
  Tiada idola selain nabi,
  Dan tiada jalan selurus islam,
  "SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL"

 *pssstt! psstt! Maaf sebab ciplak ayat nie kat facebook siapa ntah*

 Orite. Sekarang fokus ke tajuk hari ini. 
 Emosi? Emosi ada banyak lah sangat, tapi aku just nak cerita emosi yang selalu berlaku kat  
 diri aku.
 Bila dah Emosi A + Emosi B + Emosi C + Emosi D + Emosi E = GILA 
 *Simple equation untuk aku sahaja ok*
 Tapi kalau pandai mengawal emosi, tidak akan sampailah tahap gila, mungkin Sress kot.

EMOSI A=MARAH
EMOSI B=SEDIH
EMOSI C=TAKUT
EMOSI D=MALU
EMOSI E=HAPPY



                                             MARAH
                                          

Aku MARAH bila :
 1. Orang kutuk depan-depan. 
     =Nak kutuk pun, belakang-belakang lah wey, biar aku tak tahu, dosa korang tanggung.


 
                  *Ye aku gemuk! tapi aku ada ganggu hidup kau?*

2. Syok-syok tengah siapkan asignment, tiba-tiba, blackout
Ups buat assignment? rasanya tak lah marah sangat pun. Tapi kalau tengah syok-syok online,Top top blackout, memang keluar asap la kat telinga. hehehe(gelak jahat)

3. Dah ada dalam class, tiba-tiba dapat tahu class cancel.
HAH! Kes ni selalu lah berlaku sangat? Selalu ke? Entahlah. Tapi sangatlah geram gila. Susah payah siap cantik-cantik (makeup), pergi naik bus siap kena berhimpit dengan mat salleh yang sangat enak baunya, iyek! kena berdiri lagi, tahu-tahu datang class cancel.Terkeluar dua biji mata aku. Kalau iapun, bagilah notis awal-awal. aissshhh.* touching*

4. Orang marah aku. (sensetif ok!)
Nie jarang lah sangat berlaku,sensetif ok. sangat sensetif. Kalau orang marah aku, aku memang marah balik,hehehe(gelak jahat). Tak kisah lah ada sebab atau tidak mereka marah aku, tegur secara baik kan boleh, susah ke?

5. Dipaksa melakukan sesuatu.
Korang suka ke dipaksa? mestilah semua geleng kepala. Aku suka melakukan sesuatu itu tanpa paksaan daripada sesiapa, barulah sesuatu itu dilakukan dengan ikhlas, dapat feedback  
baik punya. Cuba kalau terpaksa, gerenti muka macam keropok lemau tu. 


                                            SEDIH  


SEDIH bila:
1. Teringat kt abah.
Kesedihan aku yang tidak pernah hilang,  selalu mengalirkan airmata bila teringat semua kenangan bersamanya, kesedihan bila kehilangan "boyfriend" tidak akan dapat menandingi kesedihan aku kehilangan seorang lelaki yang kupanggil "ayah".ok fullstop. *nak nangis*


                                        *Iqa rindu abah!* 

2. Kawan makan kawan.
Kat dunia nie memang ramai orang berperangai sebegini, bagi baik, apa yang kita dapat? dia ngap kita balik! takde kawan macam kau pun aku boleh hidup ok! sayang  sahabat sejati aku*city, arenis dan miera*

3. Dapat pointer teruk.
Tak sabar nie nak tgk result, sampai sanggup tak tidur, kononnya result boleh tengok
jam12am, tahu-tahu jam 10 pagi esok baru boleh tengok, bila tengok jerk, hati hancur berderai, dunia tiba-tiba gelap, mulut xdapat berkata-kata, telinga tak dapat mendengar langsung, sunyi, tapi masih boleh menghidu, kerana Allah masih sayang aku lagi. Tak berbaloi aku tak tidur, penat jerk tunggu. huh! *result sem1 membuat jiwa aku kacau*

4. Masak sesuatu tapi hasilnya?? HAMPEH~
Aku start bermain dengan alat dapur start form2, itupun sebab mak aku kat hospital,
jaga ayah tengah sakit masa tu. Bayangkan lapar gila kot! masa tue, redha jerk, masak cincai, tapi   menjadi ok! adik aku ckp cmni, sedap! hehe.(gelak happy). xsangka! masakan pertamaku, "nasi goreng kampung". Ada sesuatu masakan yang aku teringin sangat nak buat tapi tak pernah menjadi, stress ok! da cuba banyak kali? why still x tak menjadi?! bismillah da bace, alhamdullillah lupa nak cakap lah nie. patutlah. hehe

5. Ditipu dan terpaksa menipu.
Ditipu oleh makhluk Allah, hipokrit punya manusia, huh! banyak kali ditipu oleh insan yang bernama lelaki. Be yourself lah, tak payah nak mengaku diri tue anak orang senang untuk berkawan dengan aku. Aku tak suka duit kau. Kadang-kadang tu aku terpaksa menipu, TIPU SUNAT. Untuk kebaikan aku dan dia.


                                           TAKUT


TAKUT bila :
1. Berada dalam keadaan yang sangat la gelap gila.
Tak dapat bernafas! tercungap-cungap. padahal bernafas jerk, keadaan gelap psiko kt mind aku la nie.

2. Petir sambar-menyambar ditemani kilat yang pancar memancar.
Ape lagi, cari katil, baring sambil selubung dengan selimut tebal, takut tengok luar, mudah terkejut bila berlaku kes seperti ini. seram ok.

3. Anak kucing yang sedang mengejar sambil lompat-lompat katak.
Aku suka kucing lah! tapi yang mantap punya. hehe. (gelak nakal). Tapi takut kat anak kucing, agresif sangat, suka kejar aku sambil lompat-lompat katak. kenapa aku? kenapa tak kejar dia dia dan dia??

4. Final exam lagi 1 jam.
Actually aku jenis yang suka study last minute. Its my sytle ok. Esok nak exam. Serius tak rasa apa-apa. tapi sejam sebelum exam, mulalah jantung dup dap dup dap, perasaan macam fall in someone gitu,kaki menggigil, tangan mengeletar, jiwa kacau, arggghhhh xsuka nyerrrr..!!


  *mak! tolong ieqa! takut nyer, bunyi benda alah tue ngilu ok!*

5. Kena cabut gigi, tindik telinga, dan injection. 
Biasa kat sekolah every year kan "diorang" datang nak cabut gigi budak nakal. ok. Aku antara salah seorang budak nakal itu. Every year, nama aku tak pernah miss, Alhamdulillah! bila masuk u," diorang dah tak datang lagi, sebab aku dah tak nakal lagi ok! then, aku takut lah tindik telinga, sangat takut, and bila kena inject time sekolah dulu, bila beratur, aku la insan paling belakang sekali. huhu



                                             MALU
                            *monyet nie pun tahu malu ok*


MALU bila :
 1. Jatuh tangga bus.
 2. Pakai baju terbalik.
 3. Salah tegur orang.
 4. Lecturer tegur time tengah mengajar.(tengah syok berangan ok!)
 5. Kena tembel kt mata.


 
* aku pernah kena ok! malu siot! da macam artis semua nak tengok*




                                            HAPPY


SUKA bila :
 1. Dipuji tak kira sama ada pujian itu ikhlas atau sebaliknya.
 2. Berada didepan cermin.
 3. Hujan turun dengan lebatnya tanpa ada kilat dan petir.
 4. Tabung duit syiling dah penuh.
 5. Dapat tengok perlawanan bola dengan mak.


                      * love safee, khairulfahmi, muslim*


Aik? yang atas punya lah panjang ayat, kat bawah pendek-pendek jerk kan ayat. Sebab aku dah ngantok sangat kot. hehe. ok guys! thats all! 

PEACE!


Saturday, February 12, 2011

:: Terselit Antara Dia, Dia, Dia, Dan Dia ::

Hi guys!
Entri kali ini aku nak cerita tentang ke"terselit"an aku antara mereka..
Siapa mereka??
Dan apa kaitan aku dengan mereka??
Nak tahu tak??
Ok insan pertama yang terpilih,
Si cantik manis yang comel..
She is......


                                NORA DANISH

Actly, aku tiada kena mengena pun sama ini amoi. Orang kata (NIE ORANG LAIN KATA OK), muka aku nie sebiji macam Nora Danish, agak-agak korang la kan, sama ke?? (Aku tahu mesti semua geleng kepala)..
Dialah artis pertama yang orang kaitkan dengan aku. Ingatkan xde lagi dah. Top Top, masuk jerk UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, ada pulak seorang mamat nie, budak course aku kata aku mcm gadis ayu kt bwh nie :


                           MELLISSA MAUREEN


Korang kenal ke dengan minah nie? xdelah famous sangat dia nie.hoho..Sejak 2, mamat tue panggil aku MEL, sempena nama artis nie la, kalau dia sorang jerk xpe juga, nie dia dengan geng-geng dia panggil aku emel. Xpela. best gak kn. Kalau orang xtahu, mesti diorang igt MEL 2 shortform bagi COMEL.. muahahaha



                                   ROSMA AF

HAH ! Nie lagi sorang. Pun tidak sefamous mane. xtahu lah aku tang mana yang sama 2. mayby dari segi kemontelan pipi kot. huhuhu. ye aku tembam. semakin hari semakin tembam, bkn salah ibu mengandung, tapi salah kerana bahagia dengan orang tersayang, cop cop cop! lari topik pulak. heeee :)
 psssstttt....! pssssssttttt...!!
"Comel kan baby diorang, aku bila lagi??????"

And lastly, ntah datang dari mana ntah..
JENG3!
 

                       FIFFY NATASHA KAWAII


Actly, aku tak berapa nak gemar dengan dia nie, ntah la, tengok rupa memang comel giler. Dia nie yg terbaru dikaitkan dengan aku, baru jerk tadi, xsampai 1jam ok, kawan Facebook yang kata.


So korang. Agak-agak, bila korang tenung gambar-gambar aku, korang nak cakap muka aku sama dengan siapa??


Harap-harap, biarlah fiffy natasha nie jadi yang terakhir. Janganlah kaitkan aku dengan artis lagi ok. Nanti makin perasan pulak aku, hikhikhik. Iye. Aku tahu korang mesti suruh aku tengok cermin, actly, sudah berpuluh-puluh kali dah aku tengok, memang langsung tak sama pun dengan diorang kn? Diorang yang tak pernah nampak aku tue, meh la cnie face to face ok. aku tak sama macam diorang yang kat atas nie, sama macam ANGELINA JOLIE ye kot, kn??? hahahaha


                              




Siapa gadis-gadis diatas nie?? tepuk dada tanyalah dikaunter pertanyaan, harap maklum!